Buah Hati, Intan Payung, dan Pengarang Jantung

Buah hati 🫶

Aku ada 2 buah hati. Sesiapa yang kenal aku dalam dunia sebenar tahu akan hal ini dan kenal kedua mereka ini. Penanda aras kalau orang itu rapat dengan aku atau tidak ialah kekerapan mereka mendengar berita tentang dua watak kesayangan aku ini. Lebih kerap, maknanya aku lebih rapat dengan mereka.

Dua buah hati aku ini ialah:

1. Sambal - Kucing kesayangan. Sudah berusia 6 tahun. Berat 4.6kg. Sakit jantung. Jaga daripada kecil. Cofounder Hitobal (Bal dalam nama blog merujuk kepada nama dia).

2. Ucop - Anak kepada Abang. Baru berusia 1 tahun 5 bulan. Berat 9kg (mama, baba, maktok, dan tokwan dia runsing berat tak naik-naik). Anak buah kesayangan (sebab ada sorang je baru).

Ucop membesar dengan kehadiran kucing di sisi. Dekat rumah dia ada kucing. Dengan rumah Wan dia ada kucing. Dekat rumah maktok (rumah aku) pun ada kucing. Jadi, dia tidak kekok dengan kucing. Sangat tidak kekok sampai kadang naik risau tengok dia uli-ulikan Sambal.

Memecah stereotaip Oyen, Sambal sangat baik. Malah, dalam keempat-empat kucing yang aku ada (setakat ini), Sambal paling baik sekali.

Dengan Sambal aku bahasakan diri sebagai Kakak. Dengan Ucop, Cikya. Tapi, nama sebenar aku Hitobal.

Aku dengan Adik beza 4 tahun. Jadi, dah 20 lebih tahun aku hidup tanpa adanya bayi di sekeliling. Bila tiba-tiba lahirnya Ucop, aku rasa kekok. Sayang, tapi kekok. Nak cakap dengan dia tak boleh, nak main dengan dia pun tak pandai.

Jadi, kebanyakan masa aku hanya tenung Ucop dari jauh sahaja. Kadang-kadang jika datangnya situasi di mana aku dipaksa dukung Ucop, maka, itu sahajalah yang aku lakukan. Nak bagi makan pun aku tak berani (macam mana kalau aku bagi dia makan benda yang dia allergik?!)

Sekarang Ucop sudah 1 tahun lebih. Sudah pandai bermain. Sudah pandai berkomunikasi. Selepas beberapa bulan cubaan, aku akhirnya pandai berkomunikasi dengan Ucop meski Ucop tak pandai cakap lagi.

Beberapa bahasa Ucop yang aku dah hafal:

1. Ah!

2. Aaaaahhhhh!!!

3. Nana!!

4. Tet tet tet tet tet tet!!!

5. Nenenenenenenenenen!

6. Mama!

7. Baba!

8. Mamamamamamamam!

Semua perkataan nampak lebih kurang sama. Tapi, intonasi dan kenyaringan suara dia membawa makna yang berbeza-beza. Orang power je (aku) yang faham.

Hampir semua masa lapang yang aku ada sekarang dihabiskan dengan mereka berdua. Aku sayang sangat dekat Ucop. Aku sayang sangat dekat Sambal. 

Hubungan kami bertiga sedikit complicated, tetapi simple juga pada masa yang sama.

Ucop sayangkan Sambal. Apa yang awalnya cubaan memeluk, lama-kelamaan menjadi cekikan atau tarikan bulu dalam genggaman. Sambal sayangkan Ucop, tetapi lebih sayangkan aku. Jadi, di mana kami berada, di situ jugalah Sambal ada. Ke mana aku pergi, ke situlah Sambal membontoti, dan Ucop pula mengejar Sambal. Fungsi aku pula meleraikan cekikan Ucop pada Sambal.

Dia complicated, tetapi aku cerita sekali je mesti semua orang dah faham bukan.

Masalah di sini bukanlah kerana aku direbuti, jauh panggang dari api. Malah, aku yang mengejar mereka berdua sebenarnya. Hahaha. Kepada kedua-dua mereka aku banyak berkhidmat. 

Masalah di sini ialah bila aku nak panggil Ucop, aku terpanggil Sambal. Bila nak panggil Sambal, terpanggil Ucop. Faham pula tu mereka berdua siapa yang aku panggil sebenarnya.

Post kali ini bukan complain, aku cuma baru sedar baru-baru ini, betapa sayangnya aku pada mereka berdua, dan betapa banyaknya masa dalam kehidupan seharian aku habiskan dengan fikirkan mereka berdua. 

Post kali ini ialah untuk menghargai kewujudan mereka berdua sebenarnya. 

Lurve Ucop dengan Sambal 🫶

Comments

  1. Cinta tiga segi ucop sambal hitobal. tapi sebenarnya dari jauh, takde yg tiga segi. hitobal yg mengejar dua dua

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hitobal je yang mengejar. Ucop dengan Sambal statik je dekat tempat diorang.

      Delete

Post a Comment

Popular Posts