Main Sungai Congkak Dengan Copea

Aku ada banyak masa lapang sekarang. Yang tak ada hanyalah kawan. Jadi, apabila Copea ajak keluar pada Jumaat yang lepas, aku terus bersetuju. 

Ingat tak formula ini dalam post minggu lepas?

Masa lapang + motivasi + single = adventure

Merealisasikannya, aku ajak Copea ke sungai. Sungai yang dicadangkan oleh Copea, Sungai Congkak. Tiada bantahan daripada aku, sebab aku okey sahaja ke mana pun asalkan dengan dia 🫶.

Sungai congkak hasil Google

Aku dah lama tak mandi sungai. Selepas aku jadi matang, aku kurang (hampir tiada) buat aktiviti luar bangunan. Aku tak pasti aktiviti apa, dan persiapan bagaimana yang aku kena buat untuk ke sungai. Aku cuma tahu ada dua aktiviti sahaja yang boleh dilaksanakan di kawasan sungai iaitu mandi sungai dan celup kaki. Apa lagi boleh buat dekat sana?

Aku hanya tidak banyak pengalaman mandi sungai, bukannya tiada. Pengalaman lampau dah mengajar aku, keadaan tandas awam di kawasan sungai macam mana 😭. Jadi, aku pura-pura tanya Copea kalau, "aktiviti dekat sana hanya celup kaki sahaja kan?"

Kalau dia ajak aku mandi sungai, memang bantah! Kalau perlu pujuk dia, aku pujuk 🤣!

Copea setuju. Bila aku tunjuk yang aku lega tiada aktiviti mandi-manda, Copea mengusik dengan kata aku ni, "budak KL."

Haha. Whatever, budak Cheras, Kuala Lumpur.

Benda ni kelakar sikit untuk aku beritahu, tapi aku gementar sebenarnya nak pergi sungai. Sebab buat benda baru. Aku tak tahu apa nak dijangka. Tapi, rasa teruja melebihi rasa gementar. Jadi, sebenarnya, aku teruja 🤣.

Sedikit konteks, aku ini rigid orangnya. Semua benda mesti dirancang dan perancangan mesti diikut. Kalau tak ikut, aku stres. But, as I get older, aku belajar untuk lepaskan. Some things are better to let it flow. Let go and let God. Aku masih struggle nak berpegang dengan benda ini, tapi aku cuba sedaya upaya.

Tiada perbincangan lanjut berlaku. Jadi, aku bawa sepasang baju (in case ada basah-basah. Tiada perancangan untuk mandi. Jauh sekali.) dan berdesup ke rumah Copea.

Betul, bayi yang dilahirkan itu ibarat kain putih. Ibu bapa dan persekitaran yang mencorakkannya. Tapi, (ini pendapat sendiri. Tiada kajian saintifik yang aku lakukan) aku yakin, bayi yang dilahirkan itu dilahirkan bersama-sama sifat-sifat yang tidak akan boleh diubah sampai bila-bila.

Aku membesar sebagai kanak-kanak yang tebal rasa malu. Betul, malu itu sebahagian daripada iman. Tapi, malu yang tidak bertempat? To the point nak pandang muka orang untuk bercakap pun tidak boleh? Don't think so

Semakin besar, aku cuba hakis rasa malu ini. Dari situlah aku belajar, ada sifat dalam diri kita yang hanya boleh dikurangkan, tidak boleh dibuang. Sebab sampai sekarang pun, ada masa aku masih gagal kawal rasa malu itu. Kalau boleh lari, aku akan lari 🤣.

Diingatkan sekali lagi, aku ini rigid orangnya. Jadi, bila Copea kata nak celup kaki, aku literally fikir, celup kaki 30 minit kemudian balik. Aku langsung tak terfikir aktiviti lain yang boleh dibuat sambil celup kaki pun termasuk dalam skop itu.

Jelas daripada barang yang Copea bawa, dia tak berperancangan sama macam aku. Biar aku senaraikan barang yang dia bawa:
1. Kerusi healing
2. Meja healing
3. Makanan (kami beli dalam perjalan ke sana)
4. Buku (untuk dia baca)
5. Bahan study (Copea kena study something)

Tak, ini bukan complain. Aku hanya menyatakan pemerhatian. I learned something here. I took mental notes from Copea's behaviour

Perjalanan yang sepatutnya mengambil masa 45 minit, akhirnya makan masa 1 jam lebih sebab kami sesat. Haha. Tapi, tak apa. Yang penting keluar dan bersembang dengan Copea sebenarnya. Ke mana dan berapa lama tak penting sangat.

Sebaik sahaja kami sampai, kami terus makan nasi sebab masing-masing kebulur tak makan tengahari lagi. Kami memang betul-betul di sebelah sungai yang jernih. Jadi, kami basuh tangan sebelum makan dengan di dalam sungai sahaja.

Sebaik sahaja tangan aku celupkan ke dalam sungai yang sejuk, aku tergelak kecil sendiri. Teruja 🤣. Haha. Tak sabar nak celup-celup! Sekarang bila aku ingat semula pun, aku masih teruja!

Ada budak kecil temankan 🫶

Lepas kami berdua isi perut dengan nasi, kami turun ke sungai dan setup kerusi healing yang Copea bawa. Aku minta budak kecil tadi jagakan barangan kami sementara kami turun ke sungai.

Kerusi healing Copea

Sungai kosong tanpa manusia dan Copea dah mula keluarkan bahan study dia. Being the independent woman that I am, aku mula hiburkan diri sendiri. 

Aku berjalan mengikut arus, melawan arus, dan merentang arus. Batu besar dan batu kecil yang aku pijak menyakitkan kaki, tapi aku tak peduli haha.

Hujan renyai mula turun dan Copea ajak naik. Aku akur. 

Di atas, Copea mula capai buku dia dan aku cari makanan banyak yang kami beli dalam perjalanan tadi. Tak jumpa. Aku ajak Copea cari sekali, tak jumpa juga. Nampaknya budak kecil yang ditugaskan menjaga barangan tadi gagal menjalankan tugas.

Budak kecil yang gagal

Aku menyatakan rasa kecewa dan Copea menyatakan rasa lapar. Beberapa kali dia ulang dia lapar walaupun kami masing-masing baru telan sebungkus nasi.

Hujan makin lebat. Copea mula baca buku dan aku nikmati ASMR air sungai dan bunyi hujan yang menimpa zink. 

Buku Copea bawa hadiah dari Nami 🫶

Apabila Copea dah bosan baca buku dia ajak aku berbual. Kami berbual mengenai the randomest things, dari, "aku rasa aku dah lemahlah Copea. Tadi aku jalan atas batu licin banyak kali nak jatuh," ke "dah move on ke Hitobal?"

Aku angguk teragak-agak. Aku tak pasti aku dah move on ke belum, tapi yang penting dah tak rindulah.

"That was quicker than expected." kata Copea.

Come on Copea. I literally make strategies to move on haha. Anyway, kami lepas tu dah ketandusan idea untuk berbual, jadi Copea tidur dan aku kembali nikmati ASMR.

Si kecil yang gagal tidur di atas riba

Dalam perjalanan pulang dalam kereta, kami sambung berbual semula. Aku dengan Copea sebenarnya baru je rapat haha, jadi banyak benda aku tak tahu pasal dia. But, it's okay. Aku dah rancang nak kawan dengan dia sampai bila-bila dan we have all the time in the world to know each other.

Out of nowhere, tiba-tiba Copea menyatakan ketidakpuasan hati sebab aku tak bercakap dengan dia. Bingung rasa. Tapi, selepas itu kami berdua tergelak 🤣.

Takpe, Copea. Lepas ni kita jalan-jalan lagi dan bersembang banyak lagi 🫶.

Comments

  1. hahahaha hitobal jom la kita keluar lagi tak pernah puas keluar ngan hitobal

    ReplyDelete
  2. misi hidup: mengenal hitobal.

    ReplyDelete
  3. HAHAHA KELAKAR PART BUDAK KECIL YANG GAGAL!!! KESIAN DIA DAH BUAT SEHABIS BAIK NAK JAGA MAKAN #budakkecilyanggagaldeservedbetter

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts