Post Pertama


Beberapa bulan yang lepas, aku tidak gembira. Kadang-kadang aku sedih, tapi kebanyakan masa aku tidak gembira. Jadi, aku buat keputusan. Aku nak ubah gaya hidup aku ke arah yang lebih sihat.
Cringe sikit. Tapi, suka hati akulah. Haha.

Aku nak gaya hidup yang baru. Aku nak isi kepala otak dengan benda-benda yang baru. Bukan berkenaan manusia, harapnya. Sebab beberapa bulan ini, aku banyak kecewa dengan manusia. 

Bukan putus harap. Cuma, nak rehat dari hal-hal yang mengecewakan.

Untuk tidak ambil tahu hal manusia, aku buat keputusan ekstrem (bagi aku) untuk buang semua media sosial kecuali Whatsapp. Keluarga dan besties masih boleh reach out to me. No problem

Tapi, untuk hal yang tidak perlu, nanti dulu.

Aku baru sedar berapa banyak masa lapang yang aku ada bila aku buang semua aplikasi itu dalam telefon. Gatal je jari nak install semula, tapi I have to be strong!!!! Nak sihat memanglah kena susah-susah dulu. 

Kalau sakit fizikal kena makan ubat pahit. Kalau sakit mental, buatlah refleksi diri.

Aku tanya Copea, kalau dia ada cadangan apa hobi baru yang patut aku buat untuk isi masa lapang yang aku baru ada ni?

Blogger.

Dan di sinilah aku. Menaip malam-malam buta.

Buat Blogger ni bukanlah idea baru. Aku pernah buat beberapa kali dulu. Berpuluh tahun yang lepas. 

Aku cuma ingat, bila aku register semula guna emel yang sama (aku pakai emel yang aku cipta dari zaman sekolah menengah) ada beberapa blog yang telah wujud bawah emel ini. Tergelak aku tengok haha.

Tapi, semua blog lampau aku tu gagal sebab aku malas komited 🤣. Harapnya kali ni aku rajinlah. For a long time

Aku memang suka menulis. Sejak dari hari aku pandai memegang pensil, sampailah sekarang. Aku suka rasa memegang pensil, kertas kajang yang awalnya kosong sehinggalah terisi penuh dengan buah fikiran. Dan yang paling aku suka, rasa puas sebab semua isi hati dah lepas. 

Aku ada beberapa jurnal yang tersimpan rapi dalam almari. Tapi, entah kenapa menulis untuk diri sendiri tidak lagi cukup. Aku nak ada pembaca. Biar seorang pun. 

Sekali lagi, jadi, di sinilah aku. Haha. 

Terima kasih Copea untuk ideanya 🫰. Kali ni aku cuba komited 🤣

Comments

  1. Aku dengan rela hati membenarkan kau gunakan aku sebagai watak watak blog kau selepas lepas ni. aku suka. teruskan menulis. geram aku.

    ReplyDelete
  2. Hi saya seorang pembaca! Pls post content yang menarik dan funny lagi!!!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts