Tips Temuduga

Sekiranya masih belum jelas lagi dalam posts aku yang sebelum ini, aku sekarang sedang menanam anggur. Sudah lebih kurang 1 bulan lebih sedikit aku menghabiskan waktu bekerja di rumah. Semoga bulan Jun ini ialah bulan terakhir aku di rumah.

Semoga di mana pun aku bekerja selepas ini, itu ialah tempat yang terbaik untuk aku. Semoga tempat itu mendatangkan manfaat untuk aku, dan aku juga memberi manfaat kepada syarikat. Aminkan kawan-kawan.

This is me went to mandi Sungai Congkak with Copea on a random Friday

Di Syarikat 2 ini aku belajar, selain daripada gaji dan faedah, persekitaran kerja juga sangat penting. Bayangkan kita habiskan 8 jam sehari, 5 hari seminggu, 21 hari sebulan dengan orang-orang yang buruk akhlak? 

Tapi, ini aku akan cerita pada post yang lain pula.

Aku ambil masa 2 minggu lebih kurang untuk sihatkan semula fizikal dan mental aku. Kesihatan fizikal terutamanya. Copea tidak suka bila aku bergurau kata aku tua, "cuba jangan tuakan diri, Hitobal. Kita ni taklah tua sangat," yang mana kebanyakan masa aku setuju.

Tapi, sejak bekerja di Syarikat 2, aku betul-betul rasakan umur aku. 

Berpuluh-puluh kali, jika tidak capai ratus, aku harap aku sakit ketika aku perlu masuk ujian/kuiz/pembentangan yang aku buat persediaan suam-suam kuku. Tapi, aku tidak pernah sakit. Malah, aku sangat jarang sakit. 

Tak, ini bukan flex

Aku fikir, "oh, orang tua sahaja agaknya yang sakit jika terlalu stres," ataupun benda itu sebenarnya tak betul pun? Kalau fakta, di mana bukti? Kenapa tak pernah jadi dekat aku?

Sampailah aku sakit sebab stres. Oh, aku boleh beri bukti yang kukuh bahawa sakit aku selama ini berpunca daripada stres. Tapi, takpe. Itu semua pengalaman, dan pengalaman mengajar. Aku tidak sesal dengan apa yang sudah aku lalui, tapi kita mengambil pengajaran.

Beberapa minggu sudah berlalu sejak aku pergi temu duga. Sekarang sudah sampai masa aku terima keputusan. Keputusan untuk temu duga pertama yang aku pergi pada tahun ini, berbunyi begini:

Masa aku dapat e-mel ini, aku tak terkejut. Aku rasa aku agak teruk juga semasa sesi temu duga itu. Aku lebih banyak menggumam daripada bercakap. Aku tak rasa ada satu ayat pun yang mampu aku keluarkan dengan lancar. Aku sangat-sangat-sangat gementar. 

I didn't accept the rejection well. Sebaik sahaja aku baca isi kandungan e-mel, respon pertama aku ialah, defensif (ya, aku dah semak Dewan Bahasa dan Pustaka). 

Penemu duga itu yang pelik. Dia tak ada tanya pun berkenaan pengalaman bekerja aku. Dia cuma tanya soalan-soalan hipotesis, "jika awak dalam situasi ini, sebagai position Business Analyst, apa yang akan awak buat?" Dah lah tanya, "where do you think you would be in 2 years?" 

Siapa je tanya soalan macam tu?

Sikap ini tidak bertahan lama (hanya 20 minit lebih kurang). Sebab jauh dalam diri, aku tahu, apa yang dia cakap itu betul. Kalau aku mahu tambah baik diri, aku perlu pertimbangkan nasihat yang dia berikan. Sepanjang temuduga pun, banyak nasihat dan pengalaman yang dia kongsi. 

Berbanding temuduga, aku rasa macam sesi perkongsian dengan seorang senior yang aku tidak tahu nama.

Jadi, aku balas e-mel tersebut 20 minit kemudian.

Aku mengaku, aku bukanlah manusia paling petah dalam dunia. I write better than I speak. Benda ni aku dah lama sedar. Tapi, hanya sedar kesan kepada masalah ini dalam Syarikat 2. 

Aku tak naklah kata aku dibuli, tapi ada banyak masa aku boleh elakkan masalah, hanya jika, aku bersuara.

Macam mana ya agaknya minda orang yang petah ini berfungsi? Macam mana mereka boleh mengutarakan idea mereka dalam masa beberapa milisaat sahaja?


Temuduga yang seterusnya, aku percaya aku buat jauh lebih baik daripada temu duga yang pertama. Jadi, aku rasa macam nak kongsi beberapa persediaan yang aku lakukan. Mungkin dapat membantu mereka yang sedang menanam anggur macam aku. Dapat pahala 🤣.

1. Study company

Kali pertama aku ditemu duga ialah apabila aku mahu meninggalkan Syarikat 1. Pada ketika itu, aku sudah 3 tahun bekerja. Jadi, aku tak tahu nak buat persiapan yang macam mana. It was terrifying but there is always a first time for everything

Kali pertama aku ditemu duga agak lewat dibanding dengan orang lain. Tapi, siapa kisah? You do what you have to do.

Aku fikir, ada kekosongan kerja, skop kerja yang berkaitan dengan pengalaman aku, dan aku mahu isi kekosongan itu. Yang lain-lain aku boleh belajar semasa dah masuk syarikat.

Apa lagi, kan?

Sampailah suatu hari, aku ditegur, semasa temuduga, "If you didn't have time to study the company, you shouldn't accept the invitation, no?" Selepas teguran ini, aku akan pastikan aku ambil tahu sedikit mengenai syarikat yang aku mohon. 

Aku buat. Tapi, aku masih tak tahu apa kepentingan untuk aku ambil tahu mengenai syarikat yang belum tentu aku masuk pun?

Tahun ini, ialah tahun keempat aku bekerja. Sekarang aku tahu apa kepentingannya. Aku tak pasti untuk orang lain, tapi aku bekerja dalam bidang IT. Skop kerja mungkin sama, tapi pengetahuan dalam industri itu lain-lain. Apa yang penemuduga itu mahukan ialah ilmu dalam industri itu. 

Yang kita perlu ambil tahu ialah industri syarikat itu dan jika apa yang syarikat itu buat sejajar dengan pengalaman yang kita ada. 

Hal ini kita boleh sebutkan nanti dalam temu duga. InsyaAllah penemu duga akan terpegun dan kagum dengan kalian. Hahaha 🤣.

2. Nota

Aku ingatkan sekali lagi, aku bukanlah manusia paling petah dalam dunia. I write better than I speak. Aku tak boleh beri jawapan kepada soalan peribadi dalam masa beberapa saat, apa lagi soalan korporat? Tambah lagi dalam Bahasa Inggeris aku yang dah berkarat?

Aku sedar hal ini.

Apa aku buat ialah, aku akan buat senarai soalan ramalan temu duga. Kemudian aku akan cuba untuk menjawab soalan itu seikhlas yang mungkin. Aku tak mahir dalam Bahasa Inggeris korporat, jadi aku akan guna chatgpt untuk membantu. 

Kita Gen Z, kawan-kawan. Macam hal yang lain dalam dunia, hal yang buruk lebih mendapat perhatian berbanding hal yang baik. Tapi, aku rasa 1 dunia tahu hal yang paling baik berkenaan kita, my fellow Gen Z-ers. Kita resourceful. Semua benda kita boleh belajar di Google, Chatgpt, dan Youtube. Master those things.

Senarai ini aku akan hafal. Mempercepatkan proses hafal ini, aku akan tulis semula menggunakan pensil. The effort! Semoga ada ganjaran dari Allah atas usaha ini.

Setiap kali selepas aku pergi temu duga, aku akan buat pascanilai (post-mortem) dan senarai soalan ramalan akan semakin panjang. Berapa banyak soalan unik yang mereka boleh tanya? Suatu hari nanti, mereka pun akan kitar semula soalan yang sama. Jadi, hafal je.

Contoh soalan ramalan

3. Sediakan soalan untuk ditanya semasa "any question you wanted to ask?"

Macam aku dah cakap dalam point 1, hasil carian dalam point 1 nanti boleh diguna pakai di sini. Korang juga boleh buat-buat tanya soalan untuk promosikan diri sendiri.

Promote diri sendiri ni susah, aku faham. Aku pun tak pandai buat juga. Tapi, kita kena belajar! Kalau kita tak beritahu, orang tak tahu apa yang kita mampu buat. Jadi, cuba.

Biasanya aku akan tanya, "what is your expectation on me if I were to join your company?" walaupun aku dah baca job description dia. Kebanyakan masa, jawapan penemu duga akan lain daripada yang diiklankan. Soalan kedua, "Could you tell me more about the team structure and who I might be able to refer to for guidance and support?"

Aku rasa, dua soalan ni sangat-sangat penting untuk aku tahu kalau aku mampu penuhi expectation dan budaya kerja mereka.

4. Seni Muka Seposen

Aku dah baca banyak tips yang dikongsikan di Google dan juga media sosial (Twitter). Beberapa akaun yang aku followdi medsos ialah:

i. Mior Azli

Tapi, aku perasan. Ada satu tips yang tak pernah lagi orang kongsikan di mana-mana, tapi bagi aku penting juga untuk kita praktikkan. Seni muka seposen.

Muka seposen bukan untuk kita kelihatan terdesak. Tapi, cukup untuk sampaikan mesej, "I need the job," dalam masa yang sama kita masih perlu harga diri supaya tidak diambil kesempatan.

Dia macam, "ya, aku perlukan kerja ini," tetapi, "bukan kau seorang sahaja yang boleh beri aku kerja." Rasa rendah diri dan harga diri itu perlu balance. Sebab itulah dia Seni Muka Seposen.

Tak. Aku belum mahiri skil ini lagi. Ada masa aku terjual mahal. Ada masa lain, aku kelihatan terdesak. Aku tak pandai sangat skil berunding ni. Beberapa kali bila recruiter tanya dalam telefon pekerjaan baru yang aku mahukan, aku tak dapat nak jawab. Tapi, aku cuba jawab. Tapi, aku tahu jawapan aku entah apa-apa.

It was almost as if, aku nak dia yang beritahu aku, kerja yang bagus dan berbaloi untuk aku kerja itu bagaimana.

Tak tahulah masuk akal ke tidak apa yang aku cakap ni haha.

Janganlah ambil serius dengan tips yang aku kongsikan ini. Ini hanya sekadar perkongsian dari seorang kawan kepada seorang kawan yang lain. Bolehlah dengar nasihat aku, tapi, yelah, apa yang aku tahu? Aku pun masih sedang mencari kerja hahaha.

Nota kaki: Kalau penemu duga yang aku sebutkan di atas terbaca post ini (tidak mustahil terjadi), anggaplah saya ni sebagai budak yang baru belajar. Terima kasih kongsi banyak nasihat 🫶.

Comments

  1. may Allah ease all of your affairs. jgn risau, everyone have that unique “something” to the table. semoga dpt kerja yg diberkati Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. weiii diam2 baca blog akuuu. makasehhh atas doanya. moga urusan dunia akhirat kita dimudahkan.

      Delete

Post a Comment

Popular Posts