Tawaf Wada'
Bilik yang diami 5 minggu yang lepas Selepas kurang daripada 9 jam penerbangan dari Jedah ke KLIA, aku akhirnya sampai ke rumah lebih kurang jam 2 pagi, 16/6/2025. Benda pertama yang aku cari ialah, Sambal. Selepas meninggalkan dia selama 6 minggu, aku risau kalau dia sudah tidak sayang aku lagi – kena beli hati dia pulak. Mengejutkan, aku terus jumpa dia tidak sampai seminit pencarian. Sebaik sahaja aku selak langsir bilik, aku lihat tubuh kecil dia bergulung di atas lantai kaki almari mekap. Badan yang keletihan tidak mendapat tidur lena lebih daripada 24 jam aku bongkokkan dan usap-usap Sambal. Aku bisikkan kata-kata salam kerana sudah lama tidak jumpa, maaf kerana buat dia tunggu lama, dan janji-janji manis untuk masa akan datang. Hal kedua yang mengejutkan aku ialah, betapa gelapnya bilik aku. Tidur dalam keadaan yang terang selama 5 minggu buat aku terlupa betapa gelapnya bilik di rumah. Blackout curtain yang Emak hadiahkan beberapa bulan lepas, jelas melaksanakan fungsinya denga...